11:15 1

Punca Lana Nodin Tak Tayang Gambar Wajah Anaknya

Punca Lana Nodin Tak Tayang Gambar Wajah Anaknya



Lana Nodin kini mempunyai seorang anak perempuan bernama Gia hasil hubungan dengan suaminya David McKenzie.

Namun sehingga kini, Lana Nodin masih belum memuatnaik gambar wajah anak perempuannya itu.

Ramai tertanya tanya kenapa Lana Nodin berbuat demikian.

Ini jawapan Lana:

“Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu.

 “Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.

“Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti,”

Nampaknya David tidak mahu berkongsi gambar anaknya buat masa sekarang. Tunggu sajalah nanti.

1 comments: