09:41 0

Adik Perempuan Benjy Komen Kes Abangnya Ditangkap Polis Kerana Dadah


Adik Perempuan Benjy Komen Kes Abangnya Ditangkap Polis Kerana Dadah


Adik Benjy, Elza Irdalynna berharap semua pihak tidak cepat menghukum abangnya, Benjy setelah pelakon itu sekali lagi ditangkap oleh pihak polis baru-baru ini.

~ BACA JUGA: 10 Gambar Instagram Paling Popular (KLIK SINI)

Ketika serbuan di sebuah hotel, Benjy ditahan kerana penemuan dadah di dalam beng tangan miliknya bersama sepucuk pistol angin.

Ini komen Elza:

"Saya harap semua orang akan dapat menghormati tentang perkara ini dan tidak terus menjatuh hukum dia sebagai bersalah dalam hal ini. Kerana selagi dia masih lagi belum dibuktikan bersalah, dia tidak boleh dianggap sebagai pesalah,"

"Saya tak rasa dia seorang yang negatif. Kalau kita tengok kes-kes sebelum ini, kes yang kedua, di didapati tidak bersalah. Tapi, pihak media yang sering mewatakkan dia sebagai negatif.

"Walaupun apa pun, dia tetap abang saya dan kami tetap akan bersama dia. Kami tetap sayangkan dia. Sebagai keluarga, kami kami akan sentiasa bersama.

"Buat masa ini, saya masih belum dapat berhubung dengannya dia lagi. Tapi, kami sedang berusaha menerus peguam keluarga kami,"

Ini merupakan kali ketiga pelakon Benjy ditahan kerana kes melibatkan dadah.


0 comments:

Post a Comment