01:18 0

UPDATE TERKINI: Ibu Remaja OKU, Puan Lola Dibebaskan

Puan Lola Dibebaskan Diikat Jamin Majikan


Lolanopita Sadi ibu kepada remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah dibebaskan selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim's Airline Catering (BAC) perabis duit RM 7,000 untuk membayar ikat jamin.

Dua wakil kesatuan pekerja majikan Lola dari  Brahim's hadir membayar ikat jamin untuk membebaskan Puan Lola bersama sama peguam Lolanopita di Kompleks Mahkamah Seremban.

Walaupun menghabiskan wang yang banyak sebanyak RM 7,000 untuk ikat jamin, ianya atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib malang menimpa wanita itu yang merupakan pekerjanya.

Puan Lola didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan meninggalkan anaknya itu tanpa pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah bilik Flat Taman Semarak, Nilai.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Untuk sebutan semula kes, mahkamah menetapkan pada 24 Julai depan. Puan Lola kini diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sehingga kes dakwaan ini selesai.

Sementara itu, adik Firdaus akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dimasukkan di Rumah Sinar Harapan dalam masa terdekat. Beratnya kini sudah bertambah 2.5kg.

Sumber: Sinar/Metro






0 comments:

Post a Comment